Tular khabar bahawa Samsung telah mula menerbitkan video promosi pertama bagi telefon mercu terbaharu mereka Galaxy S26. Ciri ini hadir dengan penyelesaian perkakasan paparan baharu yang menawarkan perlindungan anti-mengintip pada tahap perkakasan. Samsung dilihat mengambil pendekatan baharu dengan menjadikan privasi sebagai teras utama dalam iklan Galaxy S26. Hal ini turut berkait dengan khabar tular sebelum ini yang menyatakan bahawa ciri ‘Privacy Display’ sedang diuji pada One UI 8.5. Keunikan pendekatan Samsung terletak pada penggunaan perkakasan paparan bukan sekadar helah perisian sekali gus memberi nilai tambah lebih kukuh kepada Galaxy S26.


Source:   Media Indonesia
January 28, 2026 06:15 UTC