Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun - News Summed Up

Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun


Pelakon terkenal siri remaja Dawson’s Creek, James Van Der Beek, meninggal dunia pada usia 48 tahun selepas bergelut dengan kanser kolorektal selama lebih dua tahun. - Gambar fail ReutersLOS ANGELES - Pelakon terkenal siri remaja Dawson’s Creek, James Van Der Beek, meninggal dunia pada usia 48 tahun selepas bergelut dengan kanser kolorektal selama lebih dua tahun. Berita pemergian aktor kelahiran Connecticut itu disahkan menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi keluarganya. Dalam kenyataan tersebut, isterinya, Kimberly Van Der Beek, memaklumkan bahawa beliau “menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keberanian, keimanan dan ketenangan,” sambil memohon ruang privasi untuk keluarga melalui tempoh sukar ini. Van Der Beek sebelum ini mendedahkan diagnosis kanser kolorektal pada November 2024 dan menjalani rawatan sejak itu.


Source: Media Indonesia February 11, 2026 23:28 UTC



Loading...
Loading...
  

Loading...

                           
/* -------------------------- overlay advertisemnt -------------------------- */